Ahad, 20 September 2015

Posisi Tidur Terbaik

POSISI TIDUR MENURUT ISLAM DAN SAINS 

Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan:
Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,
Musnad Imam Ahmad
dan kamus

Kelebihan Mahir Membaca Al-Quran

Assalamualaikum

ORANG YANG MAHIR MEMBACA AL-QUR’AN BERSAMA PARA MALAIKAT YANG MULIA

Orang mukmin yg mahir membaca Al Qur`an, maka kedudukannya di akhirat ditemani oleh para malaikat yg mulia. Dan orang yg membaca Al Qur`an dgn gagap, ia sulit dalam membacanya, maka ia mendapat dua pahala.

Dalam jalur lain; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu 'Adi dari Sa'id & diganti dgn jalur periwayatan lain, & telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Waki' dari Hisyam Ad Dastawa`i keduanya dari Qatadah dgn isnad ini. Dan ia berkata dalam haditsnya Waki'; Dan orang yg membaca Al Qur`an sedang ia kesulitan dalam membacanya, maka baginya dua pahala. [HR. Muslim No.1329]. 

Mahukah sahabat kelak bersama dengan para malaikat ? Mari buka segera Al-Quran dan bacalah dengan tartil. Semoga Allah memberikan keistiqomahan dalam membacanya. Aamiin ,, 

Jumaat, 18 September 2015

Fadhilat Surah Al - Kahfi

Kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum wbt...



Di antara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di malam atau hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Waktu disunnahkanmembaca surah Al-Kahfi dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat. Membaca surah Al-Kahfi di garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar.

Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit

ู…َู†ْ َู‚َุฑَุฃَ ุณُูˆْุฑَุฉَ ุงู„ْูƒَู‡ْูِ ู„َูŠْู„َุฉَ ุงู„ْุฌُู…ْุนَุฉِ ุฃَุถَุงุกَ ู„َู‡ُ ู…ِู†َ ุงู„ู†ُّูˆْุฑِ ูِูŠْู…َุง ุจَูŠْู†َู‡ُ ูˆَุจَูŠْู†َ ุงู„ْุจَูŠْุชِ ุงู„ْุนَุชِูŠْู‚ِ
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

ู…َู†ْ ู‚َุฑَุฃَ ุณُูˆْุฑَุฉَ ุงู„ْูƒَู‡ْูِ ูِูŠ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ْุฌُู…ْุนَุฉِ ุณَุทَุนَ ู„َู‡ُ ู†ُูˆْุฑٌ ู…ِู†ْ ุชَุญْุชِ ู‚َุฏَู…ِู‡ِ ุฅِู„َู‰ ุนَู†َุงู†ِ ุงู„ุณَّู…َุงุกَ ูŠُุถِูŠْุกُ ู„َู‡ُ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ูˆَุบُูِุฑَ ู„َู‡ُ ู…َุง ุจَูŠْู†َ ุงู„ْุฌُู…ْุนَุชَูŠْู†ِ
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata,
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."
Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)

Demikian 3 kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, semoga semakin memotivasi kita untuk mengamalkannya. Dari penjelasan-penjelasan di atas, sudah sepantasnya bagi setiap muslim untuk memiliki kemahuan keras untuk membaca surah Al-Kahfi dan menghafalnya serta mengulang-ulangnya.


Semoga bermanfaat, salam jumaat ^^v
Till then,
may peace be upon you, upon me, upon us 

Rabu, 16 September 2015

Indahnya Islam: Beristighfar Memberi Kelebihan part 2

Kelebihan Astaghfirullah..

Di dalam sebuah rancangan al-Kuliyyah, seorang ustaz undangan pada petang itu telah menyampaikan, kelebihan beramal atau berzikir dengan Astaghfirullah. Lafaz lengkap zikir ini adalah :

Astaghfirullah-hal-‘azim, allazi-la-ila-ha-illa-huwal-hayyul-qay-yumu, wa-atubu-i-laih(rujuk al-Ma’thurat). 


Yang bermaksud : ‘Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepada-Mu.’

Antara kelebihan zikir ini, menurut ustaz tersebut ialah kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah atau kesukaran, Allah SWT akan menolong kita, dalam keadaan yang kita tidak jangka.

Daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sahaja yang selalu beristighfar, nescaya Allah memberikannya jalan keluar dari setiap kesulitan, kelapangan dan kegelisahan, dan rezeki tidak terduga.” (Ahmad, Abu Daud al-Nasa’i)

Beramal dengan Astaghfirullah.. juga, hati akan menjadi tenang, tidak resah gelisah, tidak keluh kesah, tidak putus asa, awet muda, positif thinking dan banyak lagi. 

Di dalam al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud:“Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad, 8)


Ini bermakna, jika kita rajin berzikir, terutamanya dengan Astaghfirullah.., maka kita akan memperoleh ketenangan dan ketenteraman di dalam hati kita.


Sesungguhnya, nikmat hati yang tenang, tenteram, gembira walaupun sedang berhadapan dengan kesukaran hidup, adalah suatu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya. Suatu nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan. 


Begitu ramai manusia yang hidup serba mewah, tetapi hati-hati mereka resah gelisah? Tidur mereka tidak lena dan jiwa mereka tidak tenteram. 


Ketenangan adalah milik Allah SWT yang hakiki dan diberi pinjam kepada kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, perbanyakkanlah berzikir denganAstaghfirullah…, semoga Allah SWT memberi pinjam kepada kita ketenangan jiwa itu.


Selain itu, Allah SWT juga  mengingatkan kita dalam sepotong ayat al-Quran yang bermaksud : “Dan Allah tidak akan menyiksa mereka sedang mereka beristighfar.” (Al-Anfaal, 33)


Ini bermaksud, Allah SWT tidak akan menyiksa orang-orang yang beramal dengan istighfar. Dalam erti kata lain, Allah SWT akan mengampunkan dosa orang-orang yang banyak berzikir dengan Astaghfirullah.. Insya-Allah.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa mengucapkan istighfar ini pada hari itu dengan penuh keyakinan dan mati sebelum petang, maka dia termasuk menjadi ahli syurga. Dan apabila dia mengucapkannya pada waktu malam, dengan keyakinan yang teguh dan mati pada waktu pagi, maka dia termasuk juga di kalangan ahli syurga.” (HR Bukhari)


Induk istighfar itu adalah mengucapkan;


“Wahai Allah. Engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu dan aku dalam jaminan dan janji-Mu menurut kemampuanku, aku mengakui kepada-Mu atas kenikmatan-Mu padaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau, aku berlindung kepada-Mu  dari kejahatan perbuatanku.”

Menghayati Kelebihan Doa Dhuha


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t..

Harini aqu nak share sikit ilmu dgn korang.. even aqu takde la bagus sangat. tapi tak salah kalau kita sharing ilmu yang kita pelajari kan? sharing is caring aite? so kat bawah nie ada lah sikit cara² dan pengetahuan mengenai solat dhuha..



Actually aqu mula tertarik untuk melakukan solat dhuha masa aku ting 2.. Berkat cg Salleh a.k.a PK.HEM yg sruh pengawas bacakan doa dhuha tiap² pagi sebelum masuk kelas. Sebelum ni aqu mmg jahil bab² agama even dulu aqu selalu ikut ayahku gie surau or dgr ceramah lagi² UAI kann.. maklum la.. masa kecik² baik mengikut perintah.. bila dah membesar.. pengaruh kawan² lebih berkuasa.. hilang la segala ilmu yang aku tahu dulu.. sad me ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ '-_-"
Antara ayat² didalam doa dhuha yang membuat aqu memula dengar sehingga mulut tetiba ikut sama wlaupun first time, "Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)


Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis² yg mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ;
1) supaya aqu tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir
2) supaya aqu tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin
3) berpuasa tiga hari drpd tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah;
1) tiap-tiap tahlil satu sedekah
2) tiap-tiap takbir satu sedekah
3) menyuruh berbuat baik satu sedekah
4) cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 

-Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah 

- Barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat

- Barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut

- Barangsiapa menunaikanyan sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat

- Barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).


Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca doa ini selesai solat
 Maksudnya:
Ya ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh
.

Ahad, 13 September 2015

Indahnya Islam : Beristighfar Memberi Kelebihan

Assalamualaikum korang....entry hari ni pasal kelebihan beristighfar yg mana korang tau lafaz tapi tak hayatinya... Betul tak? Okay jom baca 

Selalu sahaja kita dianjurkan untuk beristighfar jika melakukan sesuatu kesalahan. Cukuplah sekadar lafaz Astaghfirullah, dan kemudian kita melalui kehidupan seperti biasa. Itulah hakikatnya makna yang tersirat istighfar bagi orang-orang yang lalai. Hanya sekadar lafaz tanpa mendalami makna Istighfar tersebut.

Ma maqna Istighfar? Yakni memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.
Menurut segolongan ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Kelebihan Beristighfar 

Tahukah kita akan keajaiban disebalik istighfar itu?
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Hadis di atas jelas nyata menunjukkan tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa.

Sedangkan Nabi juga sentiasa beristighfar  seperti dalam hadis ini :

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)

Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang sukar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar.

Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.

Istighfar Dalam Musibah

Terdapat dua jenis musibah, yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita, atau musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayang kita, dan kepadaNya kita berserah, memohon keredhaan. Kerana kita akan sentiasa di uji, tidak kira masa, seperti mana firman Allah :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)

Tetapi bagi musibah azab, inilah yang paling dahsyat, jika kita belum sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya. Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi musibah berbentuk azab, seperti mana firmanNya:
“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33).

Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Mari kita hayati terlebih dahulu maksud-maksud firman Allah.
“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12).
“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136).
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)

Demikian telah jelas dan nyata, bahawa dengan bertaubat, insyaAllah akan dikurniakan rahmat dariNya. Kita lihat kembali hadis sebelum ini :
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud).

InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadanya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.
Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid.

Akan tetapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya.
Kemudian Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.
๐Ÿ…ฐImam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
๐Ÿ…ฑJawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”
๐Ÿ…ฐMaka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”

Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut.

Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.๐Ÿ”ค Selamat beramal.... Assalamualaikum 

Beza Antara Couple dan Bercinta

Beza Antara Couple dan Bercinta.

Assalamualaikum




"Tak payah buat semua tu. Baik bercinta selepas kahwin je. Baru lah halal. Benda haram macam ni tak lama."

Komen mcm komen kat atas kadang² buat aqu geram๐Ÿ˜’. So, sebab tu lah aqu keluarkan entry ni.

Actuallyaa, aqu dah banyak search dan kaji ttg komen² n pendapat org ramai di Facebook,  Twitter, Instagram  dan sebagainya laa.For the time being, couple dan cinta adalah sama bagi aku. Suatu hari, di satu malam tetiba aku terfikir. Sebenarnya laa couple tu ape?

Lepas tuu, macam mane entah perkara tu buatkan aku terfikir "Ada beza ke antara couple dan cinta?"

The real thing about couple.
Sebenarnya, couple ni bukan perkataan dah. Kalau dari segi English, "Couple" bermaksud "A pair" or "Satu pasangan" yang merujuk kepada "Dua"๐Ÿ‘ซ. "Satu pasangan" dan "Dua" dalam kes ini adalah berdua-duaan. Selain tuu, Couple drpd istilah bermaksud seseorang yang berdua-duaan dan melakukan benda haram. Itu lah couple dan ianya adalah haram of course laa๐Ÿ˜ค.

But, not as bercinta.
Contohnya:-

Bercinta nie berbeza. Cuba korang bayangkan. Korang minat or suka kat someone. Dye pun suka dekat korang. Dye tak confess dan korang pun tak confess. Tapi setiap hari korang chat n wassap dengan dye. Yes, korang bercinta dah tu. So adakah ianya haram? If yes, why?Any reason

Ramai juga yang bertanya:

"Alaaaaah. Kalau bercinta. Mustahil lah tak pernah keluar berdua. Mustahil la tak pegang-pegang. Mustahil lah tak pernah duduk rapat-rapat dan hug-hug. Then mesti mintak gambar freehair kat awek kan?" 

For me, NO!!!๐Ÿ˜ก. Mmg not mustahil. Aqu tak pernah keluar berdua dgn perempuan. Aqu tak pernah sentuh pun kulit perempuan dgn sengaja dan bab duduk sambil hug-hugh tu lagi lah. Tapi klu TERsentuh tu mmg ade jarang²...aktiviti koku like cmping ker.Aqu kalau boleh, aqu tak nak pun girl yang aku sayang tunjukkan aurat dye kat lelaki lain. Sebab dye akan jadi milik aqu so aqu laa org FIRST tgk. So yes, aku jugak tak pernah mintak gambar² perempuan lebih² lagi gambar freehair. Everything is posible. Tak semua lelaki perangai dia buruk dan gila seks seperti EX² korang. Aqu gurau jee,.. ๐Ÿ˜‚✌
leh mendekati zina?

Antara soalan yang famous lagi. 

"Kita cuba la tengok balik. Nasi tu halal atau haram? Halal kan? Tapi kalau ada secubit daging babi, mesti akan haram kan? Bergitu juga dgn bercinta. Kalau korang tak buat benda haram, orang lain akan buat kan? So better kita haramkan supaya tak ada org pun yang akan buat."

Point untuk soalan di atas adalah betul. Tapi tak semuanya. Aqu kasi contoh. Penggunaan Facebook dan Blog ni haram tak? Tak kan? Tapi ada je org yg buat blog lucah serta Facebook lucah. Adakah itu menjadikannya haram secara keseluruhan? Look at Ulama Indonesia. Diorang kumpulkan para ulama sebab nak bincangkan pasal keharaman Facebook. Katanya, di Facebook, ramai perempuan tertipu dgn lelaki dan ramai yang di culik serta di rogol berpunca dgn penggunaan Facebook. So, sebab itu lah diaorang nak keluarkan fatwa haramkan Facebook.
Konsep ni sama je dengan benda-benda lain. Dan fatwa itu kalau tak silap aku tak berjaya di keluarkan sebab katanya ianya adalah bergantung kepada individu masing-masing. Kalau dah guna Facebook untuk cari awek untuk diculik, confirmlah haram. Tapi kalau guna Facebook untuk berdakwah, maka pahala lah untuk korang .

Begitu juga dgn cinta. Cinta tak haram. Yang haramnya adalah bila kita buat benda² yg tak senonoh ketika bercinta. Pegang sana, pegang sini. Maka, haram lah. Tapi kalau kita gunakan cinta tu sebagai medium mencari bakal ibu kpd anak kita, then apa masalahnya?
Aqu tak galakkan korang bercinta. Aqu memang tak galakkan langsung korang untuk bercinta sebab korang yang baca entri aku sekarang kebanyakanya adalah perempuan. And sorry to say, perempuan biasanya IQ rendah bila bercinta. Nak bercinta, tapi terpikat kat lelaki yang bad boy. Lelaki yang jahat. Lelaki tu pulak mintak bukan-bukan. Korang pulak, atas demi sayang, main kasi je. Gambar tak pakai baju lah. Video selepas mandi lah. Dan benda-benda macam ni lah yang contribute kepada punca kenapa orang kata bercinta tu haram.

If you girls tak berkahwin lagi tapi dah pernah tunjukkan body korang kat lelaki, then you are plain stupid. Well, aku bet yang lelaki tu dah lari dengan perempuan lain kan? See, told you. You are just plain stupid.

Kalau kau pergi ke Ustaz A, dia mungkin akan kata bercinta itu haram. Kalau kau pergi ke Ustaz B. Dia mungkin akan kata bercinta tu tak haram. Sebab itu lah korang jangan stick dengan satu pihak je. Kaji sendiri. Kalau ada 10 ustaz, rujuk 10 ustaz tu. Kalau 1 ustaz kata haram tapi 9 lagi kata tak haram, then, kenapa nak lean on that one?

Bercinta lepas kahwin is good. Very good. Tapi make it as bercinta sebelum kahwin adalah haram adalah not a really good idea. Gudluck.