Ahad, 20 September 2015

Posisi Tidur Terbaik

POSISI TIDUR MENURUT ISLAM DAN SAINS 

Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan:
Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,
Musnad Imam Ahmad
dan kamus

Kelebihan Mahir Membaca Al-Quran

Assalamualaikum

ORANG YANG MAHIR MEMBACA AL-QUR’AN BERSAMA PARA MALAIKAT YANG MULIA

Orang mukmin yg mahir membaca Al Qur`an, maka kedudukannya di akhirat ditemani oleh para malaikat yg mulia. Dan orang yg membaca Al Qur`an dgn gagap, ia sulit dalam membacanya, maka ia mendapat dua pahala.

Dalam jalur lain; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu 'Adi dari Sa'id & diganti dgn jalur periwayatan lain, & telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Waki' dari Hisyam Ad Dastawa`i keduanya dari Qatadah dgn isnad ini. Dan ia berkata dalam haditsnya Waki'; Dan orang yg membaca Al Qur`an sedang ia kesulitan dalam membacanya, maka baginya dua pahala. [HR. Muslim No.1329]. 

Mahukah sahabat kelak bersama dengan para malaikat ? Mari buka segera Al-Quran dan bacalah dengan tartil. Semoga Allah memberikan keistiqomahan dalam membacanya. Aamiin ,, 

Jumaat, 18 September 2015

Fadhilat Surah Al - Kahfi

Kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum wbt...



Di antara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di malam atau hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Waktu disunnahkanmembaca surah Al-Kahfi dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat. Membaca surah Al-Kahfi di garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar.

Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit

ู…َู†ْ َู‚َุฑَุฃَ ุณُูˆْุฑَุฉَ ุงู„ْูƒَู‡ْูِ ู„َูŠْู„َุฉَ ุงู„ْุฌُู…ْุนَุฉِ ุฃَุถَุงุกَ ู„َู‡ُ ู…ِู†َ ุงู„ู†ُّูˆْุฑِ ูِูŠْู…َุง ุจَูŠْู†َู‡ُ ูˆَุจَูŠْู†َ ุงู„ْุจَูŠْุชِ ุงู„ْุนَุชِูŠْู‚ِ
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

ู…َู†ْ ู‚َุฑَุฃَ ุณُูˆْุฑَุฉَ ุงู„ْูƒَู‡ْูِ ูِูŠ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ْุฌُู…ْุนَุฉِ ุณَุทَุนَ ู„َู‡ُ ู†ُูˆْุฑٌ ู…ِู†ْ ุชَุญْุชِ ู‚َุฏَู…ِู‡ِ ุฅِู„َู‰ ุนَู†َุงู†ِ ุงู„ุณَّู…َุงุกَ ูŠُุถِูŠْุกُ ู„َู‡ُ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ูˆَุบُูِุฑَ ู„َู‡ُ ู…َุง ุจَูŠْู†َ ุงู„ْุฌُู…ْุนَุชَูŠْู†ِ
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata,
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."
Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)

Demikian 3 kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, semoga semakin memotivasi kita untuk mengamalkannya. Dari penjelasan-penjelasan di atas, sudah sepantasnya bagi setiap muslim untuk memiliki kemahuan keras untuk membaca surah Al-Kahfi dan menghafalnya serta mengulang-ulangnya.


Semoga bermanfaat, salam jumaat ^^v
Till then,
may peace be upon you, upon me, upon us 

Rabu, 16 September 2015

Indahnya Islam: Beristighfar Memberi Kelebihan part 2

Kelebihan Astaghfirullah..

Di dalam sebuah rancangan al-Kuliyyah, seorang ustaz undangan pada petang itu telah menyampaikan, kelebihan beramal atau berzikir dengan Astaghfirullah. Lafaz lengkap zikir ini adalah :

Astaghfirullah-hal-‘azim, allazi-la-ila-ha-illa-huwal-hayyul-qay-yumu, wa-atubu-i-laih(rujuk al-Ma’thurat). 


Yang bermaksud : ‘Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepada-Mu.’

Antara kelebihan zikir ini, menurut ustaz tersebut ialah kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah atau kesukaran, Allah SWT akan menolong kita, dalam keadaan yang kita tidak jangka.

Daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sahaja yang selalu beristighfar, nescaya Allah memberikannya jalan keluar dari setiap kesulitan, kelapangan dan kegelisahan, dan rezeki tidak terduga.” (Ahmad, Abu Daud al-Nasa’i)

Beramal dengan Astaghfirullah.. juga, hati akan menjadi tenang, tidak resah gelisah, tidak keluh kesah, tidak putus asa, awet muda, positif thinking dan banyak lagi. 

Di dalam al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud:“Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad, 8)


Ini bermakna, jika kita rajin berzikir, terutamanya dengan Astaghfirullah.., maka kita akan memperoleh ketenangan dan ketenteraman di dalam hati kita.


Sesungguhnya, nikmat hati yang tenang, tenteram, gembira walaupun sedang berhadapan dengan kesukaran hidup, adalah suatu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya. Suatu nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan. 


Begitu ramai manusia yang hidup serba mewah, tetapi hati-hati mereka resah gelisah? Tidur mereka tidak lena dan jiwa mereka tidak tenteram. 


Ketenangan adalah milik Allah SWT yang hakiki dan diberi pinjam kepada kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, perbanyakkanlah berzikir denganAstaghfirullah…, semoga Allah SWT memberi pinjam kepada kita ketenangan jiwa itu.


Selain itu, Allah SWT juga  mengingatkan kita dalam sepotong ayat al-Quran yang bermaksud : “Dan Allah tidak akan menyiksa mereka sedang mereka beristighfar.” (Al-Anfaal, 33)


Ini bermaksud, Allah SWT tidak akan menyiksa orang-orang yang beramal dengan istighfar. Dalam erti kata lain, Allah SWT akan mengampunkan dosa orang-orang yang banyak berzikir dengan Astaghfirullah.. Insya-Allah.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa mengucapkan istighfar ini pada hari itu dengan penuh keyakinan dan mati sebelum petang, maka dia termasuk menjadi ahli syurga. Dan apabila dia mengucapkannya pada waktu malam, dengan keyakinan yang teguh dan mati pada waktu pagi, maka dia termasuk juga di kalangan ahli syurga.” (HR Bukhari)


Induk istighfar itu adalah mengucapkan;


“Wahai Allah. Engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu dan aku dalam jaminan dan janji-Mu menurut kemampuanku, aku mengakui kepada-Mu atas kenikmatan-Mu padaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau, aku berlindung kepada-Mu  dari kejahatan perbuatanku.”

Menghayati Kelebihan Doa Dhuha


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t..

Harini aqu nak share sikit ilmu dgn korang.. even aqu takde la bagus sangat. tapi tak salah kalau kita sharing ilmu yang kita pelajari kan? sharing is caring aite? so kat bawah nie ada lah sikit cara² dan pengetahuan mengenai solat dhuha..



Actually aqu mula tertarik untuk melakukan solat dhuha masa aku ting 2.. Berkat cg Salleh a.k.a PK.HEM yg sruh pengawas bacakan doa dhuha tiap² pagi sebelum masuk kelas. Sebelum ni aqu mmg jahil bab² agama even dulu aqu selalu ikut ayahku gie surau or dgr ceramah lagi² UAI kann.. maklum la.. masa kecik² baik mengikut perintah.. bila dah membesar.. pengaruh kawan² lebih berkuasa.. hilang la segala ilmu yang aku tahu dulu.. sad me ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ '-_-"
Antara ayat² didalam doa dhuha yang membuat aqu memula dengar sehingga mulut tetiba ikut sama wlaupun first time, "Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)


Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis² yg mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ;
1) supaya aqu tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir
2) supaya aqu tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin
3) berpuasa tiga hari drpd tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah;
1) tiap-tiap tahlil satu sedekah
2) tiap-tiap takbir satu sedekah
3) menyuruh berbuat baik satu sedekah
4) cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 

-Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah 

- Barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat

- Barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut

- Barangsiapa menunaikanyan sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat

- Barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).


Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca doa ini selesai solat
 Maksudnya:
Ya ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh
.